Kedah 4x4 Challenge: Latar Belakang

Latar Belakang

LATAR BELAKANG


Kedah 4x4 International Challenge 2019 adalah satu pertandingan yang dirancang secara tersusun untuk memberi pendedahan kepada peserta-peserta yang terlibat untuk menghadapi satu situasi yang amat mencabar. Ianya pertama kali diadakan dan dianjurkan secara sistematik bagi memberi pendedahan kepada peserta yang bertanding. Pada zahirnya pertandingan ini diadakan secara kecil-kecilan dan tiada kaitan dengan Majlis Sukan atau mana-mana persatuan/pertubuhan. Dijangkakan pertandingan ini mampu untuk berkembang dan menarik perhatian individu yang meminati aktiviti sukan lasak. Penganjur juga telah menilai dari semua segi sebelum mengambil keputusan untuk menganjurkan pertandingan ini.

Penganjur juga telah melantik individu-individu yang berpengalaman dan berpengatahuan dalam bidang kenderaan pacuan empat roda untuk memastikan pertandingan dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

Senarai Penaja

Lokasi
Kilang Tastiway Sdn. Bhd.
Lubok Ipoh, Mukim Malau, 06000 Jitra Kedah Darulaman.

Hubungi
Muhamad Sahabudin Senawi
016 454 0675